Saturday, July 6, 2013

dumbledore


I used to hope for this 

see?
be cautious about what your prayers are bro!

5 Julai

simpati dengan cinta
sangat berbeza
jaga jaga
mungkin anda tidak rasa
sebenarnya
anda salah sangka
tertukar simpati dengan cinta

kucar kacir

tolonglah
tolong jaga hati sendiri
bantu
bukan meluku
tanpa otak

tak tahu?
diam mungkin perlu

pagi masih aman
hati masih gundah
otak hampir berhenti
mari lakar detik 5 Julai
sambil zikir bersihkan hati


'kenapa la benda ni berlaku zaman aku?'

apa nak buat?
dah kau kuat
Tuhan bagi la ujian
nak lihat
ko kuat sebab Tuhan
atau kuat yang buat buat

bila sangat dipercayai
susah sebenarnya
macam beban
kang kalau aku buat salah
tak pasal pasal kena sekeh

keadaan bersalah
lebih baik ditengking
daripada
'takde benda la semua orang buat salah'

perasaan harus dilepas
ceh
cakap lebih
buat lain juga

keadaan berubah
sekelip mata
marilah ingat mati
itu yang paling pasti
buat waktu ini



Friday, July 5, 2013

cinta

ada orang kata
dia jatuh cinta
dengan mesir
dengan suasana
biah
solat berjemaah
azan daripada setiap masjid
selisih dengan syeikh
Islam hidup di segenap penjuru

tapi
tak boleh terima
tak tahan
perangai
sikap
peel
Arab

tapi
bukankah sebenarnya
cinta itu
meraikan kelebihan
menerima kekurangan?

kenapa still kawan dengan saya?
padahal
degil
cakap kasar
kuat ngejek
pikir bagus
alah senaraikan lah sendiri

kenapa still kawan dengan saya?
sebab cinta lah kan?

bila ada orang kata
aku dah jatuh cinta dengan mesir
except dengan perangai Arab
cuba tanya dia balik
betul ke?

hihi

bahana tengok post pasal kahwin

kebahagiaan ada pada mereka yang menangis

Thursday, July 4, 2013

maybe



maybe
it's my fault after all
not eager in welcoming ramadhan
as I'm eager in coming home

it's not maybe I guess
it's my fault after all
:'(

sorry mom
those chores have to wait
sorry again




stop being a burden!

baru tahu
sebenarnya
kalau kita delete message
dekat FB
yang kita dah send
berharap message tersebut tak sampai

sebenarnya
dia delete dekat acc kita sahaja
acc penerima still terima message tersebut

duh!
duh!!

still tak dapat buka ww k.em
konspirasi sungguh

Wednesday, July 3, 2013

berderau darah

berderau darah
bila dengar bunyi tembak
bawah rumah

berderau darah
bila nampak si penghayun parang
berdepan si dia yang berlumuran darah

berderau darah
bila intai orang baling kaca
terkena ntah siapa siapa yang tak diingini

berderau darah
bila baca exam senior/junior tunda

berderau darah
bila tahu nenek kata
doakan dia kalau dia pergi dahulu

berderau darah
bila dah lama duduk
dalam zon selesa
tanpa buat apa apa


hidup untuk siapa?

mati untuk siapa?


sampai sekarang
masih
berderau darah

Monday, July 1, 2013

telling stories and keep listening

turki

kadang kadang
rasa bersalah datang
sebab
bila bercerita
saya tiada punca
sebab
hidup saya kosong
penuh bohong
lompong
tapi
hidup dia penuh
penuh
sangat penuh

bila saya tanya
'takpe ke?'
'macam ni?'

'asal shazwani dengar
aku cerita je lah'

dan saya jadi pendengar
semuanya

saya dengar semuanya

kalau tak tahu
saya anggukkan
kalau bertentangan
saya diamkan
kalau kelakar 
saya gelakkan
kalau sayu
saya nangis lebih
kalau tanya pendapat
saya bagi pendapat
yang selalunya kena reject/bantah balik
haha
baik takyah tanya

dan akhirnya
saya lupa cerita hiba hidup saya
dan berharap
apa pun berlaku
saya tetap
menjadi pendengar cerita dia


*******************

don't know how to ask
because
I know
she is sad
about yesterday

all we can do
all we have to do
is pretend
and
hope
we all can 
end this day
with a bitter smile

thank God
we still have God