Thursday, March 28, 2013

ELi.post ophthal.


ini cerita pasal si buta
kena sampaikan buku yang dijaga
pada orang yang tidak diketahui nama

pada pertengahannya
buku tersebut ditimpa celaka
maka bergembiralah si celik mata
ingatkan dah menang lah dia

rupa rupanya
si buta itu bersih hati mantap jiwanya
sudah dihafal setiap patah setiap muka
cliche story lah jadinya
yang menang mestilah heronya


nak tahu itu buku apa?


Bible




orang yang ingin dijumpa
ketemu juga akhirnya
lantas duduk mencari tinta
agar dapat menzahirkan kalam si buta
atas kertas untuk semua manusia



dan saya duduk termenung
'juzu' amma pun tersinggung singgung'
orang buta ni seboleh boleh nak capai matlamat agung
kau masih lagi kekal bengong


hard slapped in the face
with a chair





selamat jalan ophthal
jangan nakal nakal
kah kah kah

Tuesday, March 26, 2013

anak derhaka lulz


kalau nak diikutkan
akulah anak yang paling derhaka

eh?
apsal guna aku?
kasar nampak?

tu tak pasal
anak derhaka cerita dia sekarang

first time mak nangis
darjah 3 kot?
hempas pintu
tak nak ngaji
sebab penat tuisyen PTS
peh
memang melutut la tepi mak
ulang maaf 100 kali
mak kata jangan buat lagi

seminggu je
jadi balik

dan sampai habis sekolah menengah
memang saya lah yang paling nak kena tampar
paling banyak buat mak nangis

selalunya mak nangis sebab dia marah
memang style dia marah nangis
bukan marah naik suara libas dengan rotan

dan saya perasan
apa yang mak saya nangiskan selama ni
memang taubat saya dah tak buat
dan saya bagitahu anan dan acas
jangan buat juga benda benda yang buat mak nangis

bila fikir balik
patutlah mak saya dah tak banyak nangis
dengan acas dan anan
sebab diorang dah tahu apa yang mak saya sensitif
apa yang tak
ceh!
patutlah saya yang paling banyak buat mak nangis


dan memang betul
bila Nabi cakap
ajar dengan lembut
bukan dengan haruk pikuk


mak saya murah air mata
benda tu membuatkan saya selalu sayu
bila duduk tepi dia
bila dia cerita cerita
tapi dia bukan lah cengeng
lemah ke hape
biasalah perempuan nangis
apa nak bising bising
kan?

dan saya pun menangis tepi dia
kadang kadang
haha
ni anak bajet macho!

tapi
kan selalu orang cakap
setitik air mata ibu mengalir disebabkan kita
tak cium bau syurga

ni dah sekolam dah ni
macam mana?

hari tu mak tanya
dah beli tiket?

kahkahkah
ada orang rindu saya

Saturday, March 23, 2013

hausgirl dah cukup!

'by 2016/17 (xsilap), dah cukup houseman.kerja ikut kontrak.xperform, kena buang.xleh jd mo'


by my senior who is MO right now
what to do?
what to do?



this serious thing must be taken seriously!
lulz

let us all pray
we will be a good doctor
inside out
okay?



Tuesday, March 19, 2013

nak gugur jantung sendiri

I

ada seorang budak
sedang jual permainan
yang pada pandangan
memang tak laku ah!
malam sudah menjengah
tren makin lengang
siapa nak beli?
dan saya pun berbisik

moga Allah luaskan rezeki dia
pada hari ini
sehingga dia mati

terus
3 orang perempuan
mengerumuni budak tadi
untuk belek belek
sambil membeli permainan


nak gugur jantung sendiri


nak katanya
Allah memang dah takdirkan
ada orang akan beli permainan tu
tapi Allah gerakkan juga hati busuk ini
untuk sama sama menambah pahala
untuk bersaksi Allah sahaja tempat memohon sesuatu perkara


II

pergi buka puasa
tapi nak solat maghrib dahulu
sambil tunggu makanan sampai
tapi kedai tersebut pasang lagu kuat kuat

ah
tibai
solat tetap solat
memang doa sebelum solat
harap harap tak ke udara lagu yang tahu liriknya

sekali
lagu omputih!
yang memang hujung lidah je lah lirik dia

haih
memang betul betul ingat Allah ketika itu
memang sebut betul betul setiap kalimah
memang bisik betul betul setiap maksud dalam solat
memang betul betul tutup telinga, jangan kasi masuk walau satu patah dari lagu

terus
lagu itu diperlahankan
sampai dah tak dengar
sampai boleh dengar apa yang saya sendiri sebut


nak gugur jantung sendiri


nak katanya
kalau kita betul betul cari Allah
Allah akan tunjuk kekuasaan Nya

dekat mana mana
bila bila masa
dengan siapa siapa
tanpa sebab apa apa


train diri sendiri
untuk pandang dunia
dengan mata akhirat

baru tak rugi
Allah pun suka
hidup jamin penuh rahmat!

Thursday, March 14, 2013

tak ingat dunia

sebenarnya
pada pendapat saya
gelak sampai tak ingat dunia tu betul

eh?

sebab
dia tak ingat dunia
duk ingat akhirat lah kiranya kan?

kalau gelak tak ingat dunia
kira gelak sikit sikit je la

ke tak?

mari berfikiran songsang!

kalau kita perasan
ketika tahiyyat awal / akhir
kita bagi salam
secara 3 level

untuk Allah
untuk Rasulullah
untuk diri sendiri dan orang soleh

dah perfect!

sollu 'ala Nabi

Wednesday, March 13, 2013

malam khamis


be sincere
He will give you anything

penat sebenarnya hari ini
tak tahu kenapa
ingat nak kensel sahaja usrah
kah3
sesuka hati

tapi
bila fikir fikir balik
dulu kemain susah lagi nak set waktu

sekali
memang extreme happiness oh
datang usrah dengan adik
sebab diri sendiri dah lama tak usrah
and
usrah sendiri pun
macam dah susah nak feel apa apa


how lovely there are
so lovely

dear the most Merciful
thanks
thank you very much

Sunday, March 10, 2013

i FEST dan jemaah

macam sangat gembira
semua lumba lumba cerita
kisah haiwan dijanjikan syurga

sebab dapat menumpang pahala
menjalin merantai biar panjang berjela
si dia yang empunya idea
pada awal waktunya


macam sangat dukacita
sebab sebenarnya
masyarakat sekitar saya
suka pada perwatakan peribadi nyata
tapi menyampah dengan jemaah sirri saya

apalah salahnya?
dulu pun ada PBSM dengan Kadet Remaja
ada gaduh ada yang merana?
ada?
ada?


bahnasa

apa lah pelik sangat saya tak pergi bahnasa?

hah?

hah??


Saturday, March 9, 2013

take care

salam

saya pernah terfikir
kenapa orang selalu sebut

'jaga diri'
'take care'

macam lah orang tak jaga diri
semua orang mestilah jaga diri sendiri
orang depressed je buat tak heran dengan diri


kan?

cuba la pesan

'jaga puasa sunat'
'jaga qiam'
'jaga mata'

ke salah?


p/s: saya perasan, ada seseorang dah tak cakap dengan saya

"shazwani, jaga diri"

me and gratitude

salam

I never feel lonely
seriously
even though
I always make myself alone
kahkahkah

still can feel
there's somebody still care for me
near or far
literally or silently

and I feel blessed
grateful for that feeling

but
there's a friend of mine
feels that she doesn't belong
feels that everything is messed up
feels that nobody care
even though
everybody around her
is so worry
so scared of bad things that could happen to her

I guess
that some kind of feeling
is not for all people

gratitude is pure
once you feel it
never lose it

Sunday, March 3, 2013

3313

















































mungkin sebab saya yang rosakkan barang dia dahulu
maka dia lah yang Allah takdirkan untuk rosakkan barang saya pula

mungkin saya kurang minta maaf dengan dia
mungkin rasa bersalah saya kurang terhadap dia

minta maaf sebab punahkan barang awak
dulu

Saturday, March 2, 2013

tulisan untuk hati sendiri


ada orang tanya saya
pernah sedih dengan diri sendiri?

ini jawapan saya

mesti lah woo
aku buat mak naqibah aku nangis
real fact
aku pernah fikir nak kelar tangan sendiri
supaya aku lebih fokus dekat sakit kat tangan tu
bukan dok pikir sakit n sedih dalam hati ni
tapi
tak buat lah kan
sebab takut
takut tuhan marah
ingat aku ni tak beterima kasih dgn dia
DIa
ada benda dia bagi free je
ada benda kita kena usaha gila gila punya
ada benda yang mmg Dia tak bagi pun
ikut Dia la nak macam mana
kita kena doa
supaya kita terima apa yg Dia bagi
dgn hati terbuka
mesti lah bukan saja saja Tuhan kasi ko perasaan sedih dgn diri sendiri
mungkin Dia nak suruh ko cek betul betul hati
selama betul ke ibadah ko
fizikal n mental
ada org ingat
lepas seminggu dia gila gila beribadah
seminggu kemudian dia boleh lepak2 ulang jahiliyyah
mcm girls
kita tend nak ulang jahiliyyah time period lah kan?
mmg tak jadi la mujahadah kita sebenarnya
punah la kot
when you feel lost
talk to somebody
talk to anybody you can trust
after dah spill all out
make a change
jgn tunggu Allah dtgkan something utk tolong ko berubah
kita kena start dulu
kena ubah dulu
baru Allah send something along the way
kalau kita still ulang benda sama
rasa perasaan sedih n pathetic yg sama
kita still tak tambah / cuba tambah amalan kita
sampai bila Allah nak tunggu kita?
takut takut
lama lama nanti
Allah dah tak nak layan kita
dia tarik rasa sedih tu
tapi kita still dlm jahiliyyah lagi
haha
aku duk ckp ni
aku pun lebih kurang juga
terumbang ambing
tp kita try
jgn duduk takuk lama
cuba buka hati
try cari happiness dlm something
happiness yg pure
bukan duniawi
ingat Tuhan
ingat nabi
ingat rezeki kita
banyak mana kita dah bersyukur hari ni
banyak mana kita dah istighfar hari ni
banyak mana amalan kita Allah terima hari ni
ingat mak ayah
be a better man

sebenarnya
tulis untuk diri sendiri 

kah kah kah

salam

yah : aku tak buka buku wa.2 hari!.aku tak tengok buku.buku pun tak nampak aku

wa : aku harap hari ni kuiz.aku nak solat dhuha pastu nak doa hari ni kuiz

aten n yah n anis : janganlah wa!!


pukul 9

semua pergi kelas
aku tidur lekas lekas


pukul 12

aku pun terjaga
bising bising orang dah balik

aten n yah n anis : hari ni ada kuiz lah wawa!!!


your words is your dua, people