Tuesday, March 19, 2013

nak gugur jantung sendiri

I

ada seorang budak
sedang jual permainan
yang pada pandangan
memang tak laku ah!
malam sudah menjengah
tren makin lengang
siapa nak beli?
dan saya pun berbisik

moga Allah luaskan rezeki dia
pada hari ini
sehingga dia mati

terus
3 orang perempuan
mengerumuni budak tadi
untuk belek belek
sambil membeli permainan


nak gugur jantung sendiri


nak katanya
Allah memang dah takdirkan
ada orang akan beli permainan tu
tapi Allah gerakkan juga hati busuk ini
untuk sama sama menambah pahala
untuk bersaksi Allah sahaja tempat memohon sesuatu perkara


II

pergi buka puasa
tapi nak solat maghrib dahulu
sambil tunggu makanan sampai
tapi kedai tersebut pasang lagu kuat kuat

ah
tibai
solat tetap solat
memang doa sebelum solat
harap harap tak ke udara lagu yang tahu liriknya

sekali
lagu omputih!
yang memang hujung lidah je lah lirik dia

haih
memang betul betul ingat Allah ketika itu
memang sebut betul betul setiap kalimah
memang bisik betul betul setiap maksud dalam solat
memang betul betul tutup telinga, jangan kasi masuk walau satu patah dari lagu

terus
lagu itu diperlahankan
sampai dah tak dengar
sampai boleh dengar apa yang saya sendiri sebut


nak gugur jantung sendiri


nak katanya
kalau kita betul betul cari Allah
Allah akan tunjuk kekuasaan Nya

dekat mana mana
bila bila masa
dengan siapa siapa
tanpa sebab apa apa


train diri sendiri
untuk pandang dunia
dengan mata akhirat

baru tak rugi
Allah pun suka
hidup jamin penuh rahmat!

No comments:

Post a Comment