Saturday, June 29, 2013

terharu terlebih bila dah doplohdua

bila ada orang sayang
jangan buat tak pandang

balas balik
dengan doa yang baik
doa berganda ganda
agar diampunkan dosa
agar ditinggikan pahala

untuk anda
ya
anda 
yang sedang sengih sengih
terima kasih sampai syurga
harap dapat masuk sama sama

terima kasih sambil kesat air mata

selagi semua ada lagi
selagi tu kena hargai
jangan tunggu sampai mati
nangis tak guna nanti

you know what?

the greatest gift 
a friend can give 
is the memories

may all of your prayers for me
He grant them for you too
much more better 
than mine

amiin


Friday, June 28, 2013

encik google


terkejut juga
bila google wish
terharu betul
kuikuikui

Sunday, June 23, 2013

countdown

“Menuntut ilmu adalah ibadah. 
Mengulanginya adalah tasbih. 
Membahaskanya adalah jihad. 
Mengajar orang yang tidak tahu itu sedekah. 
Memberitahu kepada keluarga 
adalah usaha mendekatkan diri kepada Tuhan.”

Muaz bin Jabal

tiap tahun
mesti saya countdown hari jadi
15 hari lagi
7 hari lagi
satu hari lagi

tapi
saya tak pernah
countdown hari mati

selalu ingat
kejap lagi ada
esoklah buat
lepas asar lah start
kan?


Saturday, June 22, 2013

Makkah



macam sedih la kot?
sebab sepatutnya
kita ingat Makkah dengan Kaabah
bukan dengan menara jam ni
pastu mana boleh banding
Makkah dengan benda lain
suci kot

ramai pula yang reblog dekat tumblr
haih


tengok ni la baru dapat pahala
saya yang tak pergi lagi ni pun sayu
apatah lagi mereka yang dah dimurahkan rezeki untuk pergi
mesti lagi sebak
sobs

Friday, June 21, 2013

wie heisst du?

"Don’t spend hours looking up what your name means on google. Your name is your name and you should go out there and do heroic and good deeds and give your name your own meaning."

it's beautiful though
I've always thought
I hate my name

because it has no great meaning
'wangi'
hihi

orang lain nama dia 
'berseri seri'
'penegak agama'
'pemberi peringatan'
'penguat iman'

names that would get them proud
kalau sekarang macam rasa 
tak 'live up to my name'
so akan all out la
supaya
'bangga dapat jadi macam nama aku'

aku nak all out wangi?
haraaaaam kalau lelaki bau
haha

gitu la
bukan tak syukur
tapi gitu la

kan?

jangan jadi kurang ajar

kalau kau tak nak buat
jangan kutuk orang lain buat

kalau kau tak nak buat
jangan kutuk orang lain buat

padahal kau tak tahu
apa kau buat tu diterima

dan dia pun tak tahu
apa dia buat tu diterima

jangan kutuk orang lain buat
kalau kau tak nak buat

diam sajalah
jangan jadi kurang ajar

bahana amarah muda
bahana nafsu belia

Wednesday, June 19, 2013

mana satu?

ada orang kongsi dengan saya
penulisan/video pasal syiah

saya tak tengok/baca

tapi saya terfikir
kita sebagai ahli sunnah wal jamaah
alhamdulillah
mesti fikir kita yang paling betul
dan sangat tak paham kenapa orang syiah
begitu begini

dan saya terfikir
mestilah sebenarnya
orang syiah pun mesti anggap dia paling betul
dan tak paham kenapa ahli sunnah wal jamaah
begitu begini

sebab kita dibesarkan dengan didikan begini
alhamdulillah
mereka dibesarkan dengan didikan begitu

sebenarnya
salah siapa mereka begitu?
salah Tuhan?
salah Nabi?
salah Ali?

ke salah sendiri?
sebab tak bagitau mereka
tak tunjuk kat mereka
mana betul
mana baik

saya pun marah
sadis barangkali
sampai hati buat orang macam tu macam ni

ada saya kutuk diri sendiri?
sebab tak cuba share sisi Islam yang sangat suci?

ada saya terfikir
saya pun baca Qunut Nazilah
semua orang doakan kehancuran syiah
tapi
tak boleh kah
kita doakan hidayah dan petunjuk
kepada yang hilang arah?
tak boleh kah
kita doa
Tuhan tunjukkan mana betul mana salah?
dengan cara hikmah
bukan hantar azab musnah

'dah kejam sangat apa nak doa dapat hidayah?'
'balasan dia kehancuran sajalah'
-ini lintasan kedua saya

mana satu yang boleh?
mana satu yang dididik amarah?
mana satu yang tak boleh?
mana satu yang dididik sifat kurang celik?

"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, 
kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya 
Yahudi, Nasrani atau Majusi." 

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

kenapa takde dalam pilihan tu Islam?
sebab Islam adalah fitrah
kan?
^_^

Tuesday, June 18, 2013

tawakal berat sebelah

hari tu exam community medicine
pada pandangan saya
paper hancur
oral ke laut
maka
saya pun terfikir
sebenarnya
Allah nak suruh saya tawakal lebih
sebab tu Allah beri perasaan sedih + loser
time paper commed hari tu

hari ni exam ophthal
tak boleh jawab pun
bila check jawapan
pekebenda la aku jawab tadi
tapi
perasaan saya tak seteruk commed
ok je la
takde la rasa nak nangis
berbanding orang lain
dan
bila rasa macam tak sedih
tawakal saya macam berkurang je?

sebenarnya
saya ni tawakal bila rasa susah je ke?
bila ingat macam senang
hati tenang
tak perlu lebihkan tawakal ke?
macam tu ke sebenarnya?
betul ke?
bila nangis baru rasa Allah saja yang boleh tolong
bila macam tak kisah rasa usaha tadi cukup nak dapat markah baik

macam tu ke shazwani?
kena berbeza eh tawakal kita?
kena berbeza eh pengharapan kita?
kena berbeza eh rayuan kita pada Tuhan?

T__T

Sunday, June 16, 2013

watashi wa kanashi

“Millions of people have decided not to be sensitive. They have grown thick skins around themselves just to avoid being hurt by anybody. But it is at great cost. Nobody can hurt them, but nobody can make them happy either.”
—  Osho

1157

hari ini hari bapa

siapa yang masih ada
tulislah terima kasih

siapa yang sudah tiada
tulislah 'doakan ayah saya'

agak agak lah kan
kami 4 beradik ni
dalam golongan mana?

sejak bila hari bapa
jatuh pada minggu ketiga jun?
bukan selama ni minggu kedua ke?

Friday, June 14, 2013

everybody has its own test from God

the thing is my dear
you think you have more time
you hope you have more time
you believe you have more time

painful truth my dear
your time is running out

say it
admit it
confess it
talk about it
do it
now

act according your faith my dear




repost neutralization

http://www.youtube.com/watch?v=E63YgakUiNM

hihi

khas untuk kak Fathy

Wednesday, June 12, 2013

neutralization


How deep is your love
I really need to learn
Cause were living in a world of fools
Breaking us down
When they all should let us be
We belong to you and me


la la la

disebabkan saya rasa blog ni 
terlalu depressed dan gloomy
maka
saya kongsikan lagu ini
supaya kita sama sama
gembira dan bahagia
bersedia untuk exam
ok?
^__^


hadiah pukul 3 pagi

hang tau dak?
hang dah buat aku nak nangis 
pada pukul 3 pagi

hang tau dak?
hang tau dak?

mesti lah hang tak tau
sebab aku tak bagitau
hang bukannya ada sixth sense macam aku
ye dak?

hope is the only thing greater than fear
but
never switch between hope and expect

hang rasa aku tengah harap 
atau bersangka?

hati jangan cepat terbang tinggi
pasak ke bumi
pasak ke realiti
(^^,)

lantak pi lah
hari ni aku nak terbang tinggi
habis dah basah bumi
banjir dengan tangis yang tak henti


Tuesday, June 11, 2013

ironi hidup shazwani

" Medic lebih kurang SPM lah tak susah kena rajin je."

hihi

ironi
 5 tahun saya duduk asrama
tapi still tak reti susun masa

rindu zaman selandar
rajin
sebab ingat nak balik rumah hujung minggu
untuk tidur
haha

bekerja keras
sebab nak jadi hebat 
macam ex-crush
sebab bila terima hadiah exam
dapat duduk sebelah dia
hahaha

maybe kena cari crush
macam shahir
hahahaha

ironi
bila join usrah
bila dah gembar gembur
hidup bukan semata mata untuk mumtaz
lalu diri jadi malas

dah dia kata
camtu kan?
haha

ironi
selalu sebut hidup ada atas bawah
tapi still nak duduk dekat atas saja
bila kena campak dekat bawah
menangis tak sudah

sobs
diri pun dah lama tak nangis
takpe lah

takpe lah

ironi
selalu bayang perkara luar alam
supaya bila berlaku dekat diri sendiri
somehow
sepatutnya
macam dah prepare diri la
kot?
end up
tak prepare pun sebenarnya
still nangis
still hopeless
still  damn

dan orang kata
jangan fikir bukan bukan

saya tak boleh
saya tetap akan fikir bukan bukan
memang tak boleh

cuba ajak saya fikir tentang benda lain
instead of 
marah saya fikir bukan bukan

ajak saya fikir tentang Tuhan
fikir tentang akhirat
fikir tentang kehidupan

instead of 
marah saya fikir bukan bukan

tolong?

tolong jangan marah saya
sebab selalu fikir bukan bukan

Monday, June 10, 2013

mesej

hihi
mak saya berjiwa patriotik

tiap kali exam
mesti ni ayatnya

pedulikan henset nokia tuh
saya tau saya kuno

Saturday, June 8, 2013

amukan vaccine

anak aku vaccine
konpem sihat

anak aku vaccine
konpem sakit

anak aku tak vaccine
konpem sihat

anak aku tak vaccine
konpem sakit

fuh

aku dulu vaccine
sihat je sekarang?

aku dulu vaccine
semua penyakit aku ada sekarang

fuh

memilih yang kurang mudharat
berbanding lebih mudharat
bukan macam tu ke fiqh dia?

tak eh?

macam kes potong kaki ustaz azizan
lebih mudharat kalau tak potong
lebih baik potong

tak eh?

mari perbetul persepsi
tentang vaccine
tentang Islam
keseluruhannya!

Thursday, June 6, 2013

.

is it more painful to wait

or

to keep someone waiting?



Monday, June 3, 2013

muhammad afiq irshad


3 Jun 1994
fuh

mak pernah kata
dia tak perasan pun saya kidal
sebab tengah sibuk tengokkan afiq
haha

ada budak laki gila kat sekolah
kata afiq cacat
aku tampar dia sekuat hati
haha

nasib baik afiq hensem
haha

ada orang tunjuk saya video
tentang autism 
yang macam boleh interaksi dengan orang keliling
macam boleh cure

dan saya pun terfikir
sebenarnya
saya tak pernah harap dia pulih pun
biar je 
macam sekarang

mak kata
orang lahir bulan 5 6 7
panas baran
sebab lahir musim panas
semua anak dia lahir musim panas
haha

siapa sangka
dalam 3 orang adik
saya paling sayang dia
walaupun 
saya paling banyak pukul dia
sobs

akak tak sengaja
sorry eh?
jangan tuntut kat akhirat ok?

jangan lupa akak tau!

Sunday, June 2, 2013

nenek saya bukan keturunan cina 2.0

pagi tadi cakap dengan nenek
minta tolong doakan hari ni tak panas

see?
hari ni tak panas sangat
doa nenek memang berkat

terima kasih Tuhan

nenek saya bukan keturunan cina

2012

wani : wani minta maaf nek.minta halal makan minum

nenek : takpe,takpe. nasib baik nenek hidup lagi tahun ni. ada juga tempat wani nak balik

2013

nenek : wani amacam?

wani : sihat nek. nek sihat tak?

nenek : sakit perut. kalau tak makan sakit. kalau makan asik nak buang

wani : ....


T__T

plan nak kerja ostralia
transfer melaka lah senang
kah kah kah



hari jadi orang jauh


ehem ehem
happy birthday ?
hihi

may He forgives all your sins
from 1st of June 1989
until 1st of June 2013

be safe
in this cruel world

be strong
in this painful world

be blessed
in this wretched world

be beautiful
in this old world

be cool
in this hot weather

haha

keep on fighting
eventhough it is damn tiring

this world is created for you
but 
the heaven is always meant for you