Friday, June 29, 2012

bulan juni




salam







terharu
speechless

makin tua
makin mula tahu
apa makna cinta
apa erti kasih
apa maksud sayang
tanpa kena ditayang tayang
dekat semua orang

makin tua
makin mula faham
kalau sayang
seseorang 
tak semestinya
kena ada
dekat sisi kita
atau sisi dia
sepanjang masa

supaya
rasa rindu itu muncul
timbul
di tengah kusut hidup
di tengah hati yang tertutup
ketika iman semput menghirup

supaya
rasa rindu itu
memanggil kita
kembali 
kepada Dia
untuk
berterima kasih
atas
kasih yang tak terbalas!

'hiduplah untuk memberi
sebanyak banyaknya
bukan untuk menerima
sebanyak banyaknya'

-laskar pelangi-

jangan bagitahu orang eh?
hikhikhik

ada apa pada hari lahir saya?
ada kamu
untuk saya
berkasih bermanja
bawah terik mentari dunia
dalam mengejar tempat di syurga!

bulan juni
tahun ini
memang dipenuhi
warna warni


Wednesday, June 27, 2012

again



salam


I can’t prevent death. So I hope each of us die, in the highest level of IMAN.

oh
twice in a day

scare enough 
eh?


nice

salam



it's nice
when people remember you
with something nice

just now
someone's 
status

'death'

good remembrance
on the eve 
of my birthday

just nice




Tuesday, June 26, 2012

kelas syeikh

salam
farahin



sebenarnya
bila orang lain bertanya
jawapan itu bukan untuk dia
tapi sebetulnya untuk kita

supaya
kita lebih faham
kita lebih ingat
kita lebih hayati
kita lebih terkesan

apa yang kita katakan
semua ilham dari Tuhan
untuk ambil pengajaran

syeikh cakap
Allah akan ambil dari kita
apa yang kita sayang lebih dari Dia
supaya
kita lebih mendekati
mengingati
mendampingi
Dia

tapi
jangan lah buat buat macam tak sayang barang pula
itu kufur namanya

lagi satu
ada orang tanya
kenapa dia masih berterusan
melakukan dosa yang sama?
berulang ulang tak tentu fasal
walaupun dia dah bertaubat
menangis nangis tersedu sedu

kena tinggalkan
kena jauhkan
kena larikan diri 
dari dosa tersebut
cuba!

sebab itu
syarat bertaubat
kena tinggalkan dosa tersebut
tak kisah lah
sudah menangis nangis
sudah sujud dua puluh empat jam
sudah mengaji sampai serak suara

kena cuba tinggalkan
istiqamah dalam tinggalkan
kena mula dulu
baru Allah tolong
kena gerak dulu
baru Allah bantu
ok?

kita ingat dosa itu
meninggalkan suruhan
melakukan larangan
kan?
itu syara' nya

sebenarnya
dosa itu
melakukan sesuatu
tanpa mengingati Tuhan
tanpa rasa kehadiran Tuhan
-mafhum syeikh

oh?
ada kawan
azam dia
solat dekat masjid
tiap minggu

saya ada azam
nak jadi
macam kawan saya!

Tuesday, June 19, 2012

dalam hati


salam (>_<)"
piramid jarak dekat

saya terkesan
terlalu terkesan
dengan pesanan

yang kekal itu 
bukanlah yang disimpan
tapi
yang diberikan


kalau bukan harta
boleh beri jiwa

kalau bukan tenaga
boleh beri masa

kalau bukan nikmat dunia
boleh beri nikmat pahala

kalau bukan secebis idea hebat
boleh beri segunung kata semangat

berjuta sebenarnya boleh diberi
boleh dikongsi
kerana hakikatnya
semua ini Tuhan yang punya
kita hanya perantara
sambungan nikmat nikmat dunia

paling utama
niat kena lah jaga
baru lah tak sia sia

beri lah apa saja
pasti bahagia!

kerna Nabi juga
memberi hidup baginda
untuk kita
apa alasan utama
untuk diri
tidak cuba mencontohi
dalam memberi?


hidup tak lama
esok lusa mungkin tiada

takkan nak mati ternganga?

Saturday, June 16, 2012

この本


salam





Your relationship with Allah swt is a lot like Facebook. If you’re smart, you’ll make it private








penghubung
saya 
dengan
Tuhan?

buku!

baca kerana apa?
untuk siapa?

betul niat
dari awal
hingga 
waktu tamat!


[96:1, 3]


Friday, June 15, 2012

keras




salam

hari datang hari pergi
namun
hati tetap sepi
sunyi tak terperi
iman masih menyendiri
di balik sanubari

mencuba
memahami
bait bait 
untaian kata
tapi
tidak beroleh jati diri

sayu
dengan diri sendiri
tapi
air mata 
tetap tidak mengalir
mengutuk dosa
yang berulang kali
tanpa segan silu
dilazimi

keras
memang keras


ada cerita
dia membaca artikel
bagaimana seorang imam
berjuraian air mata
mengungkap kalimah suci
dia terkedu
kenapa dia tidak begitu?
menangis ketakutan
mendengar amaran?
lalu
dia luluh
menangis 
kerana tidak mampu
tersentuh dengan al Quran

saya?
masih baca tanpa nangis
masih tulis tanpa nangis
masih dengar tanpa nangis
masih tengok tanpa nangis

keras
memang keras

kurang faham
tidak faham
membunuh hati!

Allah

being crap

salam

this is me
reality












in your pursuit in becoming a religious person
do not become
a crap human being

headshot!
astaghfirullah
you know
when you are forgetting
He will send you something
big or small
so that
you will never be far away
from Him
we wouldn't want that
would we?

waiting for Zuhr prayer
oh my
when listen to others pain
others stories
really makes me think
my problems are NOTHING
i used to cry for silly things
thinking that it is me
who have the biggest problem 
in the whole universe

choooiii!
be grateful
that's all it takes
be grateful
istiqamah
go go go!

ini entri 
bahasa luar negeri
yang di taipkan
dari belah kanan!
haha

hari jumaat
penuh berkat
penuh rahmat
dah selawat?
(^^,)




Wednesday, June 13, 2012

marah marah?


salam (^__^)




FRUITS BASKET


For instance, even if today is painful
And yesterday's wounds remain
I want to believe that I can free my heart and go on


I cannot be reborn  
But I can change as I go on, so 
Let's stay together always


antara liriknya
pabila diterjemah
baru tahu
itu maksudnya
kih3

yalah
sikit sikit nak marah
sikit sikit nak rasa riak
aku betul
aku saja betul
kenapa lah dia ni tokleh buat macam ni?
kenapa lah asek asek aku je?
kenapa lah ...?
kenapa lah...?

penat sebenarnya
menahan perasaan
lagi lagi
tika peperiksaan
semua benda
SEMUANYA
nak terasa

dah tu?
luah kat blog pekehal?

pernah terbaca
hadis nabi paling pendek
kot?
'jangan marah'
memang tidak dihuraikan
kelebihan menahan marah
sebab
memang Allah saja yang tahu
kelebihannya
kekuatannya
kenikmatannya
selagi kita tak praktik
memang tak dapat rasa

sebab tu lah
payah
susah
sebab tu lah
yang paling kuat
yang dapat
menahan marah

ah
aku tulis tulis
bukannya nak menahan marah pon

so
kenapa tulis?

supaya
bila aku baca balik
aku insaf
mana boleh tulis
apa yang kita tak buat kan?


kira
salah satu guide la kan?
dah dah
hari ini memang PANAS!





"people aren't born with kindness, 
things like our appetite,
our desires,
that's what we are born with
it's just mean that they are instinctive for living,
KINDNESS is something that develop
just like our bodies"
-Fruits Basket



ada ke patut quote anime?
haih
esok esok quote para sahabat eh?
please please please

Sunday, June 10, 2012

Murabbi



salam




Bro Nouman Ali Khan ditanya
tentang murabbi
ulasnya
dengan petah
macam biasa

murabbi 
is the one that
takes care
and
makes sure
something 
grows well
according to
sibghah Allah


kak Fathiyyah
kak Amal Hanani
kak Amanina

isk..isk..
nangis dulu
baru boleh luah

JAZAKUMULLAH KHEIR KATHEERAN

sebab
ajak saya
luang masa untuk saya
mendengar
mengajar
mendidik
belanja makan
belanja buku
belanja 'asir asob

berdiri di sebelah saya
pastikan saya membesar
dengan sebaik baiknya

paling utama
terima kasih
kepada yang Maha Memberi
kerana
takdirkan
saya untuk jumpa
dengan mereka mereka

sepatutnya
hati perlu dibuka
untuk menerima
rahmat dariNya

bukan menunggu
tepi pintu
yang diimpikan meluru
macam peluru
bukan begitu
bukan sebegitu!

kena cari
kena jelajahi
kena pergi
meninggalkan daki
jahiliyyah dalam diri
melupakan kenikmatan
memadamkan keinginan
yang bukan bukan

cari murabbi!
pasti
Allah bagi!
pasti!



"hanya kepada Allah doa yang benar.."
[13:14]
'rinduku  pecah di awan
lalu turun menjadi hujan'
-Rahne Putri
maknanya
kalau hujan
saya sedang merindui
kalian




Friday, June 8, 2012

lluvia

salam

mesir-dari tepi tingkap rumah

sini jarang hujan
 macam musim durian
sekali setahun
itu pun 
macam cakap talipon
jarak jauh Mesir-Jepun
semput!

jadi
seabad sekali  
kami baca doa hujan
penuh keazaman
kasihan!



melaka-dari tepi tingkap hotel

haih
malas tulis
paling mini
seminggu sekali
pasti basah bumi
diiringi
nikmat Illahi
kalau doa tidak dilazimi
memang sangat lah rugi
macam perigi
yang tidak dikunjungi?
haha


kenapa Allah 
tidak 'menghujankan' mesir?


 biarkan ketandusan
kekeringan
kemarau'an'
mungkin itu
jawapan Tuhan

alasan?

mereka
tiap detik berdoa
kalam pertuturan mereka doa
doa di hujung lidah
doa kalam madah

sampai basah bumi
yang ikhlas dari hati
jahar atau sirri
semua dicurahkan 
 Mesir kehujanan
oleh insan insan
berjiwa rabbani

Malaysia?
hujan petir
banjir kilat
ribut taufan
puting beliung
haha
intepretasi sendiri lah!

doa tak susah
hati yang selalu goyah
nak kena tanah basah
baru nak menadah?
kalau gitu payah lah

ketahuilah
lintasan hati
luahan kalam
penulisan harian
terjahan akal
itu semua
himpunan doa
[2:186]

musim soif memang menguji
jalan dekat luar 
 jalan dekat gurun
sama saja
mungkin
sebab itu
merindukan hujan
untunglah orang mesia!
isk

Thursday, June 7, 2012

cara baru




akidah..teguh?

ibadah..yakin benar?
akhlak..sudah mantap?
tubuh badan.. fix tak?
ilmu agama..ehwal umat, isu semasa?
bab-bab mujahadah, dah settle?
bab urus waktu, ada ok?
segala macam hal, tersusun tak lagi?
independent tak?
pernah bagi manfaat kat orang lain? 

dah ada jawapan?
ke masih ketakutan?
sampai bila nak simpan angan angan?
tanpa membuat perubahan?

saya bukan sampah!

laung kuat kuat pun tak guna
kalau tiada pembaharuan
hambar

insaflah
Allah nampak
Allah kira
segalanya

sekurang kurangnya
berusaha
baru dikira
jihad di pandangan Nya

teruja
kuikuikui
tulis tulis ni
moga manfaat
diri sendiri terutamanya

niat pertama kerana Allah
niat kedua supaya tak membuang masa
buat benda tak guna
kikis pahala ganda dosa
jauh jauh!


ingin bermula
perlahan lahan
agar menjadi
peneman
di saat
hati kelemahan
hati kebuntuan
hati kepenatan


moga diredhai Tuhan
moga istiqamah
dalam jalan
mencari keimanan