Saturday, April 13, 2013

stesen


salam
saya pernah dengar
hidup ini ada 4 stesen
untuk hapuskan dosa
supaya boleh terus masuk syurga

1
ujian 
musibah
malapetaka
kemalangan
bala bencana
penyakit boleh sembuh
penyakit tiada ubat

ini semua atas dunia

2

patukan ular berbisa
gigitan segala jenis semut
sengatan kala jengking
kesempitan
kegelapan
kepanasan

ini semua lepas dunia

3

panas terik tahap maksima
kehausan tahap maksima
beramai ramai langgar sana langgar sini
perasaan takut tahap maksima

ini semua dekat padang mahsyar

4

kena bakar habis habisan
minum air bernanah
makan buah zaqqum

ini semua dalam neraka


realiti alam
semua orang buat dosa
yang maksum hanya seorang

dicipta 4 kejadian
untuk manusia beriman
dibersihkan, disucikan dari dosa

orang yang mati sempat ucap la ilah illa Allah pun
kalau still ada dosa
ketika timbangan nanti
akan disucikan dulu dalam neraka
baru boleh jejak syurga
*ustazah cakap muehehehe

so
sebenarnya
orang yang sakit sebelum mati
macam kira ok la kan?
sebab Allah still bagi peluang
untuk suci dari dosa 
supaya berkurang sedikit
seksa yang akan datang

macam orang yang ada penyakit berterusan

allergic
senggugut
migrane
cancer

memang Allah nak kasi free je
penghapusan dosa tu
supaya kurang sedikit
seksa yang akan datang

kasihan 
nenek + atuk di Semabok
sakit sakit sekarang ni
mula mula memang doa
harap harap cepatlah sembuh
kasihan nenek atuk terseksa macam tu
tapi
bila fikir fikir balik perkara di atas
saya jadi -_____-


untuk diri sendiri
untuk mak dikasihi
untuk ayah dirindui
untuk adik adik yang sedang menambah ilmu dalam diri
untuk nenek + atuk yang saya masih hutang budi

doa saya
agar kami semua disucikan dari dosa
dengan stesen pertama sahaja
tanpa perlu hadapi
stesen stesen seterusnya

agar kubur harum luas seluasnya
tanpa perlu hadapi
stesen stesen seterusnya

agar Mahsyar nanti sejuk tak dahaga
dipenuhi barakah maghfirah dan redha
tanpa perlu hadapi
stesen stesen seterusnya

agar boleh terus jejak syurga
tanpa perlu hadapi
stesen stesen penuh seksa

agar semua boleh kumpul semula disana
tanpa ada kesan kesan dibasuh
tanpa perlu hadapi
stesen stesen kesemuanya!

mari doa sama sama



Sunday, April 7, 2013

doctor's business

salam

I

'do you know, doctor is the worst job ever been?'
'why?'(bukan kitorang ni tolong orang ke?)

'because you take money from the suffered'

II

'you failed me today'
'why?'

'you just said wow at someone's nasal polyps'
'zero sense of sympathy is just pathetic'

III

'you're not a drop of water from the ocean'
'but'
'you're a drop of water filled with an ocean'

-Rumi


Friday, April 5, 2013

tanah dan anti early marriage

mak :

pak long tu tanah dia sekian sekian,
pak ngah dah besarkan rumah dia ... , 
pak teh buat rumah atas tanah dia dekat ... ,
 mak ndak, mak lang , ngan cik na dah ada tanah sekian sekian,
 pak su tanah dia dekat perak tu ha, ada 2 rumah lagi ...
 bla bla bla.. 
nenek nak bagi tanah kebun dia dekat mama 
tapi kena la bayar lagi bahagian bahagian orang lain
 bla bla bla...

saya :

mana nak cari duit nak bayar tanah ni?



saya memang selalu tertanya tanya
kenapa orang sanggup kahwin awal?
suami masih belajar
isteri pun sama
tanggung anak isteri dengan duit biasiswa
kalau ada lah kan?
lagi tak faham
kenapa parents sanggup je kasi?
ada yang ditanggung oleh parents
kalau tiba tiba parents dah takda
siapa nak kasi makan?
saudara mara?
rakan taulan?

kita cakap memang senang
tapi kita ni jenis yang minta minta dekat orang ke
bila susah?

faham bila ada orang cakap
rezeki Tuhan luas
tapi kita kena ada plan
susun hidup kita macam mana
tanggungjawab kita macam mana

kalau kita memang jodoh dengan orang tu
bukan ke kita boleh tunggu 
2 3 tahun?
sampai dah boleh nak settle down sikit?
dah ada kerja
duit pun boleh cari sendiri
dah tak harap parents/kerajaan/anybody else yang tanggung
tak ke?


nak jaga hati?
haram jadah
haha

nak jaga hati 
buatlah amal ibadah banyak banyak
sibukkan diri dengan kerja ummah
fikir betul betul prioriti hidup

mesti ada orang cakap
'eleh dak ni'
'ustaz azhar pun suruh kahwin awal'
ko sape nak haram jadahkan orang?'


orang nak kahwin ni bukan sebab nak jaga hati je
kan?

kahwin ni sampai mati 
setakat nak jaga hati
pergi duk masjid 
ngaji kitab hari hari

'sebab aku tak nak jadi andartu
tak laku
orang lain semua dah ada anak cucu
aku still tergaru garu'

bukan nak suruh jadi andartu

elakkan kahwin time belajar
biar ada solid foundation
baru boleh bina solid relationship
baru lah rasa konpiden nak hidup dengan orang baru
baru lah rasa
'will stay for better or worse'

peh
haha

kalau ada siapa siapa marah
jangan marah ok?

saya tak meluat dengan siapa siapa yang kahwin awal
ntah ntah saya yang kahwin time belajar kejap lagi

kahkahkah
memang delete la post ni lepas kahwin tu





Thursday, April 4, 2013

today Egypt was windy with fluffy clouds


ada orang ucap terima kasih dekat saya
^__^
ada orang tulis wawa kesayangan
^___^


sometimes
i'll be thinking
which is worse
cancer or amnesia?
blind or deaf?
lost an arm or a leg?
marry and then your spouse dead or never marry?
poor or ugly?

then
i'll say
all are worst

do not ask God only to keep them away from you
but
also ask God
to make sure you do not collapse
if worst things happen to you

do you know
what is real meaning of the word 'taqwim' in surah at Tin?

stand tall
and never fall

that's human
that's the best human
He created us with a great package
taqwim
live your life with it
and never quit

muehehehe

Wednesday, April 3, 2013

love

me
don't really understand
why people should love me
when
me
never do anything to them
in the first place

sobs

Thursday, March 28, 2013

ELi.post ophthal.


ini cerita pasal si buta
kena sampaikan buku yang dijaga
pada orang yang tidak diketahui nama

pada pertengahannya
buku tersebut ditimpa celaka
maka bergembiralah si celik mata
ingatkan dah menang lah dia

rupa rupanya
si buta itu bersih hati mantap jiwanya
sudah dihafal setiap patah setiap muka
cliche story lah jadinya
yang menang mestilah heronya


nak tahu itu buku apa?


Bible




orang yang ingin dijumpa
ketemu juga akhirnya
lantas duduk mencari tinta
agar dapat menzahirkan kalam si buta
atas kertas untuk semua manusia



dan saya duduk termenung
'juzu' amma pun tersinggung singgung'
orang buta ni seboleh boleh nak capai matlamat agung
kau masih lagi kekal bengong


hard slapped in the face
with a chair





selamat jalan ophthal
jangan nakal nakal
kah kah kah

Tuesday, March 26, 2013

anak derhaka lulz


kalau nak diikutkan
akulah anak yang paling derhaka

eh?
apsal guna aku?
kasar nampak?

tu tak pasal
anak derhaka cerita dia sekarang

first time mak nangis
darjah 3 kot?
hempas pintu
tak nak ngaji
sebab penat tuisyen PTS
peh
memang melutut la tepi mak
ulang maaf 100 kali
mak kata jangan buat lagi

seminggu je
jadi balik

dan sampai habis sekolah menengah
memang saya lah yang paling nak kena tampar
paling banyak buat mak nangis

selalunya mak nangis sebab dia marah
memang style dia marah nangis
bukan marah naik suara libas dengan rotan

dan saya perasan
apa yang mak saya nangiskan selama ni
memang taubat saya dah tak buat
dan saya bagitahu anan dan acas
jangan buat juga benda benda yang buat mak nangis

bila fikir balik
patutlah mak saya dah tak banyak nangis
dengan acas dan anan
sebab diorang dah tahu apa yang mak saya sensitif
apa yang tak
ceh!
patutlah saya yang paling banyak buat mak nangis


dan memang betul
bila Nabi cakap
ajar dengan lembut
bukan dengan haruk pikuk


mak saya murah air mata
benda tu membuatkan saya selalu sayu
bila duduk tepi dia
bila dia cerita cerita
tapi dia bukan lah cengeng
lemah ke hape
biasalah perempuan nangis
apa nak bising bising
kan?

dan saya pun menangis tepi dia
kadang kadang
haha
ni anak bajet macho!

tapi
kan selalu orang cakap
setitik air mata ibu mengalir disebabkan kita
tak cium bau syurga

ni dah sekolam dah ni
macam mana?

hari tu mak tanya
dah beli tiket?

kahkahkah
ada orang rindu saya