salam
saya pernah dengar
hidup ini ada 4 stesen
untuk hapuskan dosa
supaya boleh terus masuk syurga
1
ujian
musibah
malapetaka
kemalangan
bala bencana
penyakit boleh sembuh
penyakit tiada ubat
ini semua atas dunia
2
patukan ular berbisa
gigitan segala jenis semut
sengatan kala jengking
kesempitan
kegelapan
kepanasan
ini semua lepas dunia
3
panas terik tahap maksima
kehausan tahap maksima
beramai ramai langgar sana langgar sini
perasaan takut tahap maksima
ini semua dekat padang mahsyar
4
kena bakar habis habisan
minum air bernanah
makan buah zaqqum
ini semua dalam neraka
realiti alam
semua orang buat dosa
yang maksum hanya seorang
dicipta 4 kejadian
untuk manusia beriman
dibersihkan, disucikan dari dosa
orang yang mati sempat ucap la ilah illa Allah pun
kalau still ada dosa
ketika timbangan nanti
akan disucikan dulu dalam neraka
baru boleh jejak syurga
*ustazah cakap muehehehe
so
sebenarnya
orang yang sakit sebelum mati
macam kira ok la kan?
sebab Allah still bagi peluang
untuk suci dari dosa
supaya berkurang sedikit
seksa yang akan datang
macam orang yang ada penyakit berterusan
allergic
senggugut
migrane
cancer
memang Allah nak kasi free je
penghapusan dosa tu
supaya kurang sedikit
seksa yang akan datang
kasihan
nenek + atuk di Semabok
sakit sakit sekarang ni
mula mula memang doa
harap harap cepatlah sembuh
kasihan nenek atuk terseksa macam tu
tapi
bila fikir fikir balik perkara di atas
saya jadi -_____-
untuk diri sendiri
untuk mak dikasihi
untuk ayah dirindui
untuk adik adik yang sedang menambah ilmu dalam diri
untuk nenek + atuk yang saya masih hutang budi
doa saya
agar kami semua disucikan dari dosa
dengan stesen pertama sahaja
tanpa perlu hadapi
stesen stesen seterusnya
agar kubur harum luas seluasnya
tanpa perlu hadapi
stesen stesen seterusnya
agar Mahsyar nanti sejuk tak dahaga
dipenuhi barakah maghfirah dan redha
tanpa perlu hadapi
stesen stesen seterusnya
agar boleh terus jejak syurga
tanpa perlu hadapi
stesen stesen penuh seksa
agar semua boleh kumpul semula disana
tanpa ada kesan kesan dibasuh
tanpa perlu hadapi
stesen stesen kesemuanya!
mari doa sama sama
No comments:
Post a Comment