Wednesday, April 3, 2013

love

me
don't really understand
why people should love me
when
me
never do anything to them
in the first place

sobs

Thursday, March 28, 2013

ELi.post ophthal.


ini cerita pasal si buta
kena sampaikan buku yang dijaga
pada orang yang tidak diketahui nama

pada pertengahannya
buku tersebut ditimpa celaka
maka bergembiralah si celik mata
ingatkan dah menang lah dia

rupa rupanya
si buta itu bersih hati mantap jiwanya
sudah dihafal setiap patah setiap muka
cliche story lah jadinya
yang menang mestilah heronya


nak tahu itu buku apa?


Bible




orang yang ingin dijumpa
ketemu juga akhirnya
lantas duduk mencari tinta
agar dapat menzahirkan kalam si buta
atas kertas untuk semua manusia



dan saya duduk termenung
'juzu' amma pun tersinggung singgung'
orang buta ni seboleh boleh nak capai matlamat agung
kau masih lagi kekal bengong


hard slapped in the face
with a chair





selamat jalan ophthal
jangan nakal nakal
kah kah kah

Tuesday, March 26, 2013

anak derhaka lulz


kalau nak diikutkan
akulah anak yang paling derhaka

eh?
apsal guna aku?
kasar nampak?

tu tak pasal
anak derhaka cerita dia sekarang

first time mak nangis
darjah 3 kot?
hempas pintu
tak nak ngaji
sebab penat tuisyen PTS
peh
memang melutut la tepi mak
ulang maaf 100 kali
mak kata jangan buat lagi

seminggu je
jadi balik

dan sampai habis sekolah menengah
memang saya lah yang paling nak kena tampar
paling banyak buat mak nangis

selalunya mak nangis sebab dia marah
memang style dia marah nangis
bukan marah naik suara libas dengan rotan

dan saya perasan
apa yang mak saya nangiskan selama ni
memang taubat saya dah tak buat
dan saya bagitahu anan dan acas
jangan buat juga benda benda yang buat mak nangis

bila fikir balik
patutlah mak saya dah tak banyak nangis
dengan acas dan anan
sebab diorang dah tahu apa yang mak saya sensitif
apa yang tak
ceh!
patutlah saya yang paling banyak buat mak nangis


dan memang betul
bila Nabi cakap
ajar dengan lembut
bukan dengan haruk pikuk


mak saya murah air mata
benda tu membuatkan saya selalu sayu
bila duduk tepi dia
bila dia cerita cerita
tapi dia bukan lah cengeng
lemah ke hape
biasalah perempuan nangis
apa nak bising bising
kan?

dan saya pun menangis tepi dia
kadang kadang
haha
ni anak bajet macho!

tapi
kan selalu orang cakap
setitik air mata ibu mengalir disebabkan kita
tak cium bau syurga

ni dah sekolam dah ni
macam mana?

hari tu mak tanya
dah beli tiket?

kahkahkah
ada orang rindu saya

Saturday, March 23, 2013

hausgirl dah cukup!

'by 2016/17 (xsilap), dah cukup houseman.kerja ikut kontrak.xperform, kena buang.xleh jd mo'


by my senior who is MO right now
what to do?
what to do?



this serious thing must be taken seriously!
lulz

let us all pray
we will be a good doctor
inside out
okay?



Tuesday, March 19, 2013

nak gugur jantung sendiri

I

ada seorang budak
sedang jual permainan
yang pada pandangan
memang tak laku ah!
malam sudah menjengah
tren makin lengang
siapa nak beli?
dan saya pun berbisik

moga Allah luaskan rezeki dia
pada hari ini
sehingga dia mati

terus
3 orang perempuan
mengerumuni budak tadi
untuk belek belek
sambil membeli permainan


nak gugur jantung sendiri


nak katanya
Allah memang dah takdirkan
ada orang akan beli permainan tu
tapi Allah gerakkan juga hati busuk ini
untuk sama sama menambah pahala
untuk bersaksi Allah sahaja tempat memohon sesuatu perkara


II

pergi buka puasa
tapi nak solat maghrib dahulu
sambil tunggu makanan sampai
tapi kedai tersebut pasang lagu kuat kuat

ah
tibai
solat tetap solat
memang doa sebelum solat
harap harap tak ke udara lagu yang tahu liriknya

sekali
lagu omputih!
yang memang hujung lidah je lah lirik dia

haih
memang betul betul ingat Allah ketika itu
memang sebut betul betul setiap kalimah
memang bisik betul betul setiap maksud dalam solat
memang betul betul tutup telinga, jangan kasi masuk walau satu patah dari lagu

terus
lagu itu diperlahankan
sampai dah tak dengar
sampai boleh dengar apa yang saya sendiri sebut


nak gugur jantung sendiri


nak katanya
kalau kita betul betul cari Allah
Allah akan tunjuk kekuasaan Nya

dekat mana mana
bila bila masa
dengan siapa siapa
tanpa sebab apa apa


train diri sendiri
untuk pandang dunia
dengan mata akhirat

baru tak rugi
Allah pun suka
hidup jamin penuh rahmat!

Thursday, March 14, 2013

tak ingat dunia

sebenarnya
pada pendapat saya
gelak sampai tak ingat dunia tu betul

eh?

sebab
dia tak ingat dunia
duk ingat akhirat lah kiranya kan?

kalau gelak tak ingat dunia
kira gelak sikit sikit je la

ke tak?

mari berfikiran songsang!

kalau kita perasan
ketika tahiyyat awal / akhir
kita bagi salam
secara 3 level

untuk Allah
untuk Rasulullah
untuk diri sendiri dan orang soleh

dah perfect!

sollu 'ala Nabi

Wednesday, March 13, 2013

malam khamis


be sincere
He will give you anything

penat sebenarnya hari ini
tak tahu kenapa
ingat nak kensel sahaja usrah
kah3
sesuka hati

tapi
bila fikir fikir balik
dulu kemain susah lagi nak set waktu

sekali
memang extreme happiness oh
datang usrah dengan adik
sebab diri sendiri dah lama tak usrah
and
usrah sendiri pun
macam dah susah nak feel apa apa


how lovely there are
so lovely

dear the most Merciful
thanks
thank you very much