Saturday, March 23, 2013

hausgirl dah cukup!

'by 2016/17 (xsilap), dah cukup houseman.kerja ikut kontrak.xperform, kena buang.xleh jd mo'


by my senior who is MO right now
what to do?
what to do?



this serious thing must be taken seriously!
lulz

let us all pray
we will be a good doctor
inside out
okay?



Tuesday, March 19, 2013

nak gugur jantung sendiri

I

ada seorang budak
sedang jual permainan
yang pada pandangan
memang tak laku ah!
malam sudah menjengah
tren makin lengang
siapa nak beli?
dan saya pun berbisik

moga Allah luaskan rezeki dia
pada hari ini
sehingga dia mati

terus
3 orang perempuan
mengerumuni budak tadi
untuk belek belek
sambil membeli permainan


nak gugur jantung sendiri


nak katanya
Allah memang dah takdirkan
ada orang akan beli permainan tu
tapi Allah gerakkan juga hati busuk ini
untuk sama sama menambah pahala
untuk bersaksi Allah sahaja tempat memohon sesuatu perkara


II

pergi buka puasa
tapi nak solat maghrib dahulu
sambil tunggu makanan sampai
tapi kedai tersebut pasang lagu kuat kuat

ah
tibai
solat tetap solat
memang doa sebelum solat
harap harap tak ke udara lagu yang tahu liriknya

sekali
lagu omputih!
yang memang hujung lidah je lah lirik dia

haih
memang betul betul ingat Allah ketika itu
memang sebut betul betul setiap kalimah
memang bisik betul betul setiap maksud dalam solat
memang betul betul tutup telinga, jangan kasi masuk walau satu patah dari lagu

terus
lagu itu diperlahankan
sampai dah tak dengar
sampai boleh dengar apa yang saya sendiri sebut


nak gugur jantung sendiri


nak katanya
kalau kita betul betul cari Allah
Allah akan tunjuk kekuasaan Nya

dekat mana mana
bila bila masa
dengan siapa siapa
tanpa sebab apa apa


train diri sendiri
untuk pandang dunia
dengan mata akhirat

baru tak rugi
Allah pun suka
hidup jamin penuh rahmat!

Thursday, March 14, 2013

tak ingat dunia

sebenarnya
pada pendapat saya
gelak sampai tak ingat dunia tu betul

eh?

sebab
dia tak ingat dunia
duk ingat akhirat lah kiranya kan?

kalau gelak tak ingat dunia
kira gelak sikit sikit je la

ke tak?

mari berfikiran songsang!

kalau kita perasan
ketika tahiyyat awal / akhir
kita bagi salam
secara 3 level

untuk Allah
untuk Rasulullah
untuk diri sendiri dan orang soleh

dah perfect!

sollu 'ala Nabi

Wednesday, March 13, 2013

malam khamis


be sincere
He will give you anything

penat sebenarnya hari ini
tak tahu kenapa
ingat nak kensel sahaja usrah
kah3
sesuka hati

tapi
bila fikir fikir balik
dulu kemain susah lagi nak set waktu

sekali
memang extreme happiness oh
datang usrah dengan adik
sebab diri sendiri dah lama tak usrah
and
usrah sendiri pun
macam dah susah nak feel apa apa


how lovely there are
so lovely

dear the most Merciful
thanks
thank you very much

Sunday, March 10, 2013

i FEST dan jemaah

macam sangat gembira
semua lumba lumba cerita
kisah haiwan dijanjikan syurga

sebab dapat menumpang pahala
menjalin merantai biar panjang berjela
si dia yang empunya idea
pada awal waktunya


macam sangat dukacita
sebab sebenarnya
masyarakat sekitar saya
suka pada perwatakan peribadi nyata
tapi menyampah dengan jemaah sirri saya

apalah salahnya?
dulu pun ada PBSM dengan Kadet Remaja
ada gaduh ada yang merana?
ada?
ada?


bahnasa

apa lah pelik sangat saya tak pergi bahnasa?

hah?

hah??


Saturday, March 9, 2013

take care

salam

saya pernah terfikir
kenapa orang selalu sebut

'jaga diri'
'take care'

macam lah orang tak jaga diri
semua orang mestilah jaga diri sendiri
orang depressed je buat tak heran dengan diri


kan?

cuba la pesan

'jaga puasa sunat'
'jaga qiam'
'jaga mata'

ke salah?


p/s: saya perasan, ada seseorang dah tak cakap dengan saya

"shazwani, jaga diri"