Friday, June 29, 2012

bulan juni




salam







terharu
speechless

makin tua
makin mula tahu
apa makna cinta
apa erti kasih
apa maksud sayang
tanpa kena ditayang tayang
dekat semua orang

makin tua
makin mula faham
kalau sayang
seseorang 
tak semestinya
kena ada
dekat sisi kita
atau sisi dia
sepanjang masa

supaya
rasa rindu itu muncul
timbul
di tengah kusut hidup
di tengah hati yang tertutup
ketika iman semput menghirup

supaya
rasa rindu itu
memanggil kita
kembali 
kepada Dia
untuk
berterima kasih
atas
kasih yang tak terbalas!

'hiduplah untuk memberi
sebanyak banyaknya
bukan untuk menerima
sebanyak banyaknya'

-laskar pelangi-

jangan bagitahu orang eh?
hikhikhik

ada apa pada hari lahir saya?
ada kamu
untuk saya
berkasih bermanja
bawah terik mentari dunia
dalam mengejar tempat di syurga!

bulan juni
tahun ini
memang dipenuhi
warna warni


Wednesday, June 27, 2012

again



salam


I can’t prevent death. So I hope each of us die, in the highest level of IMAN.

oh
twice in a day

scare enough 
eh?


nice

salam



it's nice
when people remember you
with something nice

just now
someone's 
status

'death'

good remembrance
on the eve 
of my birthday

just nice




Tuesday, June 26, 2012

kelas syeikh

salam
farahin



sebenarnya
bila orang lain bertanya
jawapan itu bukan untuk dia
tapi sebetulnya untuk kita

supaya
kita lebih faham
kita lebih ingat
kita lebih hayati
kita lebih terkesan

apa yang kita katakan
semua ilham dari Tuhan
untuk ambil pengajaran

syeikh cakap
Allah akan ambil dari kita
apa yang kita sayang lebih dari Dia
supaya
kita lebih mendekati
mengingati
mendampingi
Dia

tapi
jangan lah buat buat macam tak sayang barang pula
itu kufur namanya

lagi satu
ada orang tanya
kenapa dia masih berterusan
melakukan dosa yang sama?
berulang ulang tak tentu fasal
walaupun dia dah bertaubat
menangis nangis tersedu sedu

kena tinggalkan
kena jauhkan
kena larikan diri 
dari dosa tersebut
cuba!

sebab itu
syarat bertaubat
kena tinggalkan dosa tersebut
tak kisah lah
sudah menangis nangis
sudah sujud dua puluh empat jam
sudah mengaji sampai serak suara

kena cuba tinggalkan
istiqamah dalam tinggalkan
kena mula dulu
baru Allah tolong
kena gerak dulu
baru Allah bantu
ok?

kita ingat dosa itu
meninggalkan suruhan
melakukan larangan
kan?
itu syara' nya

sebenarnya
dosa itu
melakukan sesuatu
tanpa mengingati Tuhan
tanpa rasa kehadiran Tuhan
-mafhum syeikh

oh?
ada kawan
azam dia
solat dekat masjid
tiap minggu

saya ada azam
nak jadi
macam kawan saya!

Tuesday, June 19, 2012

dalam hati


salam (>_<)"
piramid jarak dekat

saya terkesan
terlalu terkesan
dengan pesanan

yang kekal itu 
bukanlah yang disimpan
tapi
yang diberikan


kalau bukan harta
boleh beri jiwa

kalau bukan tenaga
boleh beri masa

kalau bukan nikmat dunia
boleh beri nikmat pahala

kalau bukan secebis idea hebat
boleh beri segunung kata semangat

berjuta sebenarnya boleh diberi
boleh dikongsi
kerana hakikatnya
semua ini Tuhan yang punya
kita hanya perantara
sambungan nikmat nikmat dunia

paling utama
niat kena lah jaga
baru lah tak sia sia

beri lah apa saja
pasti bahagia!

kerna Nabi juga
memberi hidup baginda
untuk kita
apa alasan utama
untuk diri
tidak cuba mencontohi
dalam memberi?


hidup tak lama
esok lusa mungkin tiada

takkan nak mati ternganga?

Saturday, June 16, 2012

この本


salam





Your relationship with Allah swt is a lot like Facebook. If you’re smart, you’ll make it private








penghubung
saya 
dengan
Tuhan?

buku!

baca kerana apa?
untuk siapa?

betul niat
dari awal
hingga 
waktu tamat!


[96:1, 3]


Friday, June 15, 2012

keras




salam

hari datang hari pergi
namun
hati tetap sepi
sunyi tak terperi
iman masih menyendiri
di balik sanubari

mencuba
memahami
bait bait 
untaian kata
tapi
tidak beroleh jati diri

sayu
dengan diri sendiri
tapi
air mata 
tetap tidak mengalir
mengutuk dosa
yang berulang kali
tanpa segan silu
dilazimi

keras
memang keras


ada cerita
dia membaca artikel
bagaimana seorang imam
berjuraian air mata
mengungkap kalimah suci
dia terkedu
kenapa dia tidak begitu?
menangis ketakutan
mendengar amaran?
lalu
dia luluh
menangis 
kerana tidak mampu
tersentuh dengan al Quran

saya?
masih baca tanpa nangis
masih tulis tanpa nangis
masih dengar tanpa nangis
masih tengok tanpa nangis

keras
memang keras

kurang faham
tidak faham
membunuh hati!

Allah