Friday, June 28, 2013

encik google


terkejut juga
bila google wish
terharu betul
kuikuikui

Sunday, June 23, 2013

countdown

“Menuntut ilmu adalah ibadah. 
Mengulanginya adalah tasbih. 
Membahaskanya adalah jihad. 
Mengajar orang yang tidak tahu itu sedekah. 
Memberitahu kepada keluarga 
adalah usaha mendekatkan diri kepada Tuhan.”

Muaz bin Jabal

tiap tahun
mesti saya countdown hari jadi
15 hari lagi
7 hari lagi
satu hari lagi

tapi
saya tak pernah
countdown hari mati

selalu ingat
kejap lagi ada
esoklah buat
lepas asar lah start
kan?


Saturday, June 22, 2013

Makkah



macam sedih la kot?
sebab sepatutnya
kita ingat Makkah dengan Kaabah
bukan dengan menara jam ni
pastu mana boleh banding
Makkah dengan benda lain
suci kot

ramai pula yang reblog dekat tumblr
haih


tengok ni la baru dapat pahala
saya yang tak pergi lagi ni pun sayu
apatah lagi mereka yang dah dimurahkan rezeki untuk pergi
mesti lagi sebak
sobs

Friday, June 21, 2013

wie heisst du?

"Don’t spend hours looking up what your name means on google. Your name is your name and you should go out there and do heroic and good deeds and give your name your own meaning."

it's beautiful though
I've always thought
I hate my name

because it has no great meaning
'wangi'
hihi

orang lain nama dia 
'berseri seri'
'penegak agama'
'pemberi peringatan'
'penguat iman'

names that would get them proud
kalau sekarang macam rasa 
tak 'live up to my name'
so akan all out la
supaya
'bangga dapat jadi macam nama aku'

aku nak all out wangi?
haraaaaam kalau lelaki bau
haha

gitu la
bukan tak syukur
tapi gitu la

kan?

jangan jadi kurang ajar

kalau kau tak nak buat
jangan kutuk orang lain buat

kalau kau tak nak buat
jangan kutuk orang lain buat

padahal kau tak tahu
apa kau buat tu diterima

dan dia pun tak tahu
apa dia buat tu diterima

jangan kutuk orang lain buat
kalau kau tak nak buat

diam sajalah
jangan jadi kurang ajar

bahana amarah muda
bahana nafsu belia

Wednesday, June 19, 2013

mana satu?

ada orang kongsi dengan saya
penulisan/video pasal syiah

saya tak tengok/baca

tapi saya terfikir
kita sebagai ahli sunnah wal jamaah
alhamdulillah
mesti fikir kita yang paling betul
dan sangat tak paham kenapa orang syiah
begitu begini

dan saya terfikir
mestilah sebenarnya
orang syiah pun mesti anggap dia paling betul
dan tak paham kenapa ahli sunnah wal jamaah
begitu begini

sebab kita dibesarkan dengan didikan begini
alhamdulillah
mereka dibesarkan dengan didikan begitu

sebenarnya
salah siapa mereka begitu?
salah Tuhan?
salah Nabi?
salah Ali?

ke salah sendiri?
sebab tak bagitau mereka
tak tunjuk kat mereka
mana betul
mana baik

saya pun marah
sadis barangkali
sampai hati buat orang macam tu macam ni

ada saya kutuk diri sendiri?
sebab tak cuba share sisi Islam yang sangat suci?

ada saya terfikir
saya pun baca Qunut Nazilah
semua orang doakan kehancuran syiah
tapi
tak boleh kah
kita doakan hidayah dan petunjuk
kepada yang hilang arah?
tak boleh kah
kita doa
Tuhan tunjukkan mana betul mana salah?
dengan cara hikmah
bukan hantar azab musnah

'dah kejam sangat apa nak doa dapat hidayah?'
'balasan dia kehancuran sajalah'
-ini lintasan kedua saya

mana satu yang boleh?
mana satu yang dididik amarah?
mana satu yang tak boleh?
mana satu yang dididik sifat kurang celik?

"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, 
kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya 
Yahudi, Nasrani atau Majusi." 

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

kenapa takde dalam pilihan tu Islam?
sebab Islam adalah fitrah
kan?
^_^

Tuesday, June 18, 2013

tawakal berat sebelah

hari tu exam community medicine
pada pandangan saya
paper hancur
oral ke laut
maka
saya pun terfikir
sebenarnya
Allah nak suruh saya tawakal lebih
sebab tu Allah beri perasaan sedih + loser
time paper commed hari tu

hari ni exam ophthal
tak boleh jawab pun
bila check jawapan
pekebenda la aku jawab tadi
tapi
perasaan saya tak seteruk commed
ok je la
takde la rasa nak nangis
berbanding orang lain
dan
bila rasa macam tak sedih
tawakal saya macam berkurang je?

sebenarnya
saya ni tawakal bila rasa susah je ke?
bila ingat macam senang
hati tenang
tak perlu lebihkan tawakal ke?
macam tu ke sebenarnya?
betul ke?
bila nangis baru rasa Allah saja yang boleh tolong
bila macam tak kisah rasa usaha tadi cukup nak dapat markah baik

macam tu ke shazwani?
kena berbeza eh tawakal kita?
kena berbeza eh pengharapan kita?
kena berbeza eh rayuan kita pada Tuhan?

T__T