Monday, November 26, 2012

shuffle

salam

saya rasa
dalam ramai ramai ahli usrah saya
saya lah 
yang paling kena tukar mak naqibah

kan k.em?

huhu

tiap minggu ada ujian
tiap minggu Allah nak ingatkan
tiap minggu makin sayang Tuhan 
tiap minggu saya nangis sedu sedan
 minta yang Maha Kuat kuatkan iman

moga moga
tiap minggu akan tiba
saya nangis
sebab dosa dosa saya



"anything you want
any single thing
you can have it
in heaven
but you must pay the price

give up on dunia"



Sunday, November 25, 2012

berita gembira

salam

laporan berita gembira hari ini
mak bagi balik
plus
ponteng sekolah seminggu



hahahahahahahahahahahahahahahahaha


mak ko ada macam ni?


moga Allah menempatkan mak saya dalam syurga
tanpa hisab

amin ya Rabb!

Saturday, November 24, 2012

'Asyura 1434

salam

ubahlah
dari 
selalu cerita cerita dengan marah
kepada
selalu cerita cerita untuk ibrah

ubahlah
dari
kerja kerja dengan culas
kepada
kerja kerja dengan ikhlas

ubahlah
untuk Jannah

tolong?




Thursday, November 22, 2012

post visit fever hosp

salam

1

keliru
termangu mangu
cemburu
terkedu
tak tahu
buntu

resah
sesak
lelah
payah
lemah
gelisah
keluh kesah

perasaan berkecamuk
kadang kadang mencari Dia
kadang kadang buat tak tahu saja
kadang kadang penuh
kadang kadang jenuh
selalu gembira
selalu berduka

mana satu?
mana betul?

cuba bangun
jatuh pegun
cuba lagi
sekali lagi
berkali kali


cari cari
diri sendiri
sampai mati
teruskan lari
jangan toleh toleh lagi!

jangan main main
dengan perasaan sendiri
silap silap
boleh collapse!

jangan angan angan
nanti mati

mati apa?
mati hati

macam sekarang
kan?

jaga jaga
dulu kata orang
sekarang
sendiri ternganga

agak agak
kenapa?

dah lari fokus hidup
dah tiada niat hidup
dah makin ringan timbang baik
dah makin berat timbang kurang baik

penuh hati
dengan benda busuk

nangis sebab dunia
bukan sebab dosa

kan wawa?
kan?

quran berhabuk
sebab sibuk
mathurat tak faham
sebab baca main taram
qiam sipi sipi
sebab tak cukup tidur 6 jam lagi
puasa tak taqwa
sebab mata tak jaga
dakwah liat liat
sebab dah ramai yang giat
bagi tazkirah merapu rapu
dekat hati bercelaru debu

dah makin tua
makin buta!
dah makin bongkok
makin bongok!
dah makin nak mati
makin patut kena maki!

tak sedar diri langsung!

symptom lepas lawat patient festime

2

saya paling suka
orang minta maaf dengan saya dulu
sebab selalunya
saya yang akan mengalah
minta maaf dulu dengan orang
tak kisah lah
 saya di pihak yang benar
atau tidak

sangat tak paham
orang yang bajet nak tunggu orang tuh cool dulu
baru nak minta maaf
padahal
dengan minta maaf lah
dia akan lebih senang cool sebenarnya

ke tak? 


3

patient HIV,Hep B dan Erysipelas
syafakumullah!


4


Tuesday, November 20, 2012

menyumbang atau berkorban?

salam

apa beza
sumbangan dengan korban?

sumbangan itu
memberikan 
SEPARUH
daripada harta kita
untuk orang lain

korban itu
memberikan 
KESELURUHAN
 harta kita
untuk orang lain



"..strove hard and fought
 with their property and their lives 
in the Cause of Allah.."
[8:72]


siapa yang berjihad dengan hartanya
keseluruhannya?


Saidina Abu Bakr As Siddiq



siapa yang berjihad dengan dirinya
keseluruhannya?



Saidina Ali bin Abi Talib



anda bagaimana?

selama ini 
anda anggap
anda sedang

menyumbang atau berkorban?



sedang menyumbang diri untuk booth
elok elok lah!

Sunday, November 18, 2012

first time Com Med

salam

the truth is
everybody is going to hurt you
you just gotta find
the ones worth suffering for
-Bob Marley


ini sahaja kenangan yang ada
hahaha

welcome Com Med!


Saturday, November 17, 2012

sensitif

salam

saya main bola
saya bolos
saya nangis

saya buka fesbuk
nampak penuh bom
saya tak nangis

salah siapa?

hah?